Tuesday, 10 November 2009

Panggilan kaabah

بسملله الرحمن الرحيم

Sabda Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam:"Orang-orang yang datang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah.Jika mereka berdoa,Allah menyahut doa mereka.Jika mereka beristighfar,Allah mengampuni dosa mereka." (Riwayat an-Nasa'i,Ibnu Majah,Ibnu Khuzaimah dan ibnu Hibban)

Musim dambaan setiap umat Islam di dunia ini hadir kembali.Berjuta-juta umat Islam akan berkumpul di Makkah untuk menunaikan fardhu haji yang merupakan rukun islam yang kelima.


Arafah
....................................................................................................

Ibadah haji merupakan satu proses tetapi apa pula produknya?Selalunya apabila kita sebut saja haji terbayang di kepala otak kita para hujjat yang pulang dari Makkah dengan gelaran pak haji atau mak hajjah disamping cenderamata2 untuk kaum kerabat..melalui pemerhatian ana,ana lihat kebanyakan kaum Melayu kita adalah golongan yang paling banyak membeli-belah di Makkah.Sekiranya gelaran pak haji saja kita dapat lihat alangkah kecilnya persepsi umum terhadap ibadah haji.Ibadah haji ini merupakan ibadah yang sangat agung apabila kita melihat kepada hasil2nya ataupun produknya...

Setiap ibadah yang diperintah oleh Allah akan memberikan kesan yang tersendiri ke dalam diri bagi orang yang mengamalkannya.Lebih2 lagi ibadah haji yang agung nie.Adakah hasilnya sama dengan maksud haji?Adakah semangat ini diresapi dalam jiwa para hujjat lalu pulang dengan semangat Nabi Ibrahim,Nabi Ismail ataupun Siti Hajar.menziarahi makam nabi Muhammad di Madinah...adakah kita dapat melihat perjuangan para2 sahabat dahulu?bukanlah kekacang ataupun kurma di Madinah yang kita harapkan dan juga bukan cenderamata tetapi haji yang mabrur bukan haji yang malboro..huh..



kesan haji terhadap seseorang haji itu adalah terletak pada ketakwaan dan akhlak sesama manusia.dari aspek inilah kita dapat lihat haji yang telah dilakukan itu adalah haji yang mabrur atau haji yang tak diterima oleh Allah..

Akhir sekali kepada muslimin yang telah menunaikan ibadah haji,jangan sesekali hebohkan kepada masyarakat sudah berapa kali menunaikan haji atau umrah,tetapi tanyalah diri sendiri.Adakah haji kita itu mabrur...akhir kalam,apalah hebatnya pokok buah-buahan yang banyak jika tidak sebatang pokok pun yang menghasilkan buahnya...wallahualam...

anugerah haji adalah proses Illahi buat melahirkan jiwa pengorbanan dan perjuangan.

 untuk pengetahuan:

Ishaq Ibnu Faqih radiallu'anhu menyebut,"Telah menjadi suatu kebiasaan bagi para jemaah haji,apabila telah selesai melakukan ibadah haji,mereka akan meneruskan perjalanan ke Madinah agar mendapat berkat berkat dengan Menziarahi Masjid an-Nabawi,mimbar Nabi Muhammad SAW,dan beberapa tempat yang mulia kerana adanya jasad Nabi Muhammad SAW yang dikebumikan di Madinah.



0 comments:

Post a Comment