Sunday, 28 August 2011

Saat Pemergian Ramadan

Salam aidul fitri kepada semua umat Islam.Alhamdulillah perjalanan jihad kita berpuasa di dalam bulan Ramadan berakhir jua setelah sebulan kita mengharunginya dengan penuh kesabaran dan keimanan.Semoga Allah menerima amalan diri yang lemah ini dan kalian semua umat Islam.

Detik akhir Ramadan sedikit sebanyak meninggalkan memori indah yang sukar dilakar kerana penantian kita selama setahun untuk bertemu dan beribadah dalam Ramadan bukannya mudah.Penulisan kali ini mengajak para pembaca untuk menilai sejauh mana keikhlasan diri kita dalam melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan.

Terdapat banyak kelebihan bulan Ramadan seperti yang terdapat di dalam Al-quran dan al-hadis.Pahala amalan-amalan sunat sama seperti amalan wajib.Pintu syurga dibuka luas manakala pintu-pintu neraka ditutup rapat dan syaitan laknatullah pula dibelenggu.hanya yang tinggal ialah nafsu yang mesti diperangi dengan mujahadah.peristiwa fathul makkah dan perang badar pula mengajak umat Islam untuk menghayati dan menjadikannya sebagai pengajaran buat pedoman.malam lailatul qadar pula seperti ganjaran bonus yang tidak dapat dimiliki oleh umat selain umat Muhammad S.A.W

Kemeriahan dalam menunaikan solat tarawih dan solat-solat fardu secara berjamaah menjadikan kita menjadi rindu saat-saat ini.kenapa??malangnya segelintir umat Islam di Malaysia kurang meraikan masjid di luar Ramadan.alangkah sedihnya jika Ramadan dijadikan sebagai tuhan.lihatlah pada realitinya,ketika bulan Ramadan masyarakat berlumba-lumba menunaikan solat tarawih secara berjamaah sedangkan ia hanya merupakan amalan sunat yang dituntut.kebanyakan majlis ilmu yang telah ana hadiri menghuraikan realiti sebenar bulan ramadan.quote yang paling ana ingat ialah ramadan bukan tuhan tetapi Allah ialah tuhan yang sebenar dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.moga-moga selepas Ramadan tahun ini semua umat Islam termasuk diri ana berazam untuk memeriahkan masjid seperti mana solat yang dilakukan secara berjamaah dalam bulan ramadan.beribadah bertuhankan Allah yang Maha Esa bukan bulan Ramadan.

Jika para pembaca sedar sejak akhir-akhir ini hujan turun dengan gahnya membasahi bumi.Kadangkala penulis terfikir adakah Bumi sedang menangis apabila keberkatan Ramadan semakin menjauhinya?Adakah masjid-masjid berkomplot dengan hujan untuk menahan umat Islam keluar dari masjid dan disebabkan rindunya terhadap hamba-hamba Allah?jika berfikir secara logik jawapan di atas ialah YA paling tepat.

Kesimpulannya,akhir-akhir Ramadan ini perlumbaan dalam melakukan ibadah seharusnya diterapkan dalam diri kita sebagai umat Muhammad.Alangkah gembiranya Rasulullah jika baginda melihat umatnya mengikut segala sunnahnya.Law kana Rasulullah bainana,apa yang baginda akan sebut??Semoga Ramadan tahun ini menjadi medan untuk kita bangkit bermujahadah melawan hawa nafsu dan godaan syaitan serta menatijahkan sesuatu yang baik kepada diri kita.Taqabballallahu minna wa minkum.

mu@z

3 comments: