Kringgg..loceng berbunyi dengan riang sekali..entah pada hari itu nyanyian loceng mendayu-dayu bagaikan suatu yang sangat istimewa buat pelajar-pelajar SPM.."masa dah tamat.sila periksa nama masing-masing dan semak buat kali terakhir."..Alhamdulillah trial dah abis..kalimah suci diungkap..sekilas pandang..hampir setiap candidate mengikhlaskan diri melaungkan kalimah itu walaupun empunya diri sahaja yang dengar..
"jom main bola!"..
keseronokan tak berakhir di dalam dewan peperiksaan..rasa gembira jelas terpancar pada wajah-wajah pejuang agama Allah..keriangan di heret ke padang bola pula.
"aduhh!"..jeritan kesakitan mencemaskan seseorang yang digelar predator menyerang mangsanya..entah kenapa kaki yang sapatutnya menyepak bola dilepaskan kepada tangan sahabatnya itu..terbayang dalam fikirannya bahawa tangan yang telah disepaknya itu sentiasa memegang kitab Allah..penyesalan terus menghantui dirinya..tindakannya tadi ditegur oleh beberapa orang sahabatnya.."kenapa sepak tangan dia.rileks la.cam luah perasaan ja.dah pendam lama sangat kot."
.."manisnya ukhuwwah"..terdetik dua kalimah yang menggetarkan jiwa raganya..hairan..musibah yang sepatutnya dibalas dengan dendam..dibiarkan begitu sahaja..bagai tidak ada apa-apa yang berlaku..fikirnya lagi..masih ada lagikah manusia yang pemaaf seperti sahabatnya itu??..
otaknya ligat menyimpulkan sesuatu..wahai manusia umat nabi Muhammad S.A.W,tanamkanlah sifat pemaaf dalam diri..andai Rasulullah masih ada bersama..alangkah gembiranya baginda melihat umatnya ini..
sesiapa yang tidak mengasihi , dia tidak akan dikasihi^^
menarik!
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDelete