hari-hari yang berlalu sangat berharga..lebih-lebih lagi lepas SPM ni
..hmm..baru-baru ni tercuba untuk menaa'ruf satu benda yang sangat mengujakan dan mengagumkan..???.."AKAL"..sangat ghaib dan berkuasa tinggi..tiada teknologi yang mampu menandinginya..subhanallah..
selalu juga terfikir tentang hikmah kejadian akal..akal telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia berbanding hidupan lain di dunia..jadi hairanlah jika manusia tidak menggunakannya pada jalan yang diredai oleh Allah..dan kufurnya manusia jika manusia menyalahgunakannya kerana akal merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah
..dulu pernah juga tertanya-tanya..alhamdulillah,sekarang teringin nak kongsinya bersama..apa yang membezakan keupayaan sebenar akal ialah orang mukmin dan orang kafir
Allah telah mengurniakan akal untuk manusia berfikir dan berterusan berfikir melihat kejadian langit dan bumi serta seluruh alam..bahkan Allah juga mengarahkan manusia untuk melihat dan mengambil pengajaran terhadap kesan sejarah yang menimpa umat dahulu yang tidak beriman kepada Allah..dengan akal manusia mampu mengenal Allah..itulah tujuan utama..dan inilah nikmat akal..berusaha mengenal Allah
..subhanallah indahnya langit yang tidak bertiang..uniknya pokok-pokok menghasilkan buah-buahan yang berbeza rasanya walaupun hadir daripada sumber yang sama..maha suci Allah..tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah : )

0 comments:
Post a Comment