Sunday, 11 March 2012

Jalan Duta

alhamdulillah cuti pertengahan sem baru ja bermula..


ziarah....
sina bina bangunan ISTAC memang cantik..serius..^^


pada mulanya aku ingat gereja..tapi audi rupanya..
lebih kurang la..


surau..serius cam masjid kat arab..


sebenarnya kitaorang tunggu bas..haha..
bas SP lambat sampai la pulak 
waktu tu..


so kami jalan2 la dulu kat Jalan Duta


tiba2 jumpa ISTAC yang cantik ni
lalu kami  pun dengan title student UIAM
minta kat pak guard nak ziarah ISTAC..
betul ka kitaorang ni bdak UIAM??^^


subhanallah..serius rasa macam dok kat istana..


teringat air pancut kat istana al-hamra




huh..istana..




alhamdulillah..
perjalanan aku setakat ni dahulu..
^^

DQ dekat di hati

Tuesday, 24 January 2012

taklifat..

taklifat menguji keimanan

setiap hari taklifat kita bertambah.
jadi tunaikanlah dengan sebaiknya-baiknya.


DQ dekat di hati

Friday, 23 December 2011

Tazkirah

“If you survive till the evening, 
do not expect to be alive in the morning, 
and if you survive till the morning,
do not expect to be alive in the evening, 
and take from your health for your sickness, 
and (take) from your life for your death.”


—Ibn Umar

Thursday, 22 December 2011

PMR


alhamdulillah..keterujaan ana dengan PMR ni buat ana semangat untuk update blog kesayangan ana ni..awal pagi lagi nih..bukan ape..hari ni result PMR nak keluar : ) ..untuk adik ana ,  result PMR yang hebat bukan penentu kepada segala-galanya

..ada orang kata kat ana , "alah,bukan boleh bawa pi syurga pun.."..ana setuju..tapi kepada candidates PMR sekalian,tak inginkah result PMR yang baik menjadi memori indah dalam hidup kita..tau tak?..result PMR yang baik itu sebenarnya boleh membawa orang yang sangat ramai untuk ke syurga..tak inginkah kita??..^^..

apabila ana buka facebook..students PMR mesti dalam dilema..ketar la.takut la..tak berani la..tapi yang kata tak rasa apa-apa pun ada..haa..yang ni kes lain la pulak..hmm..yakinlah dengan usaha yang telah korang semua lakukan..kalau mencapai tahap maksima..insyaAllah A yang nak keluar nanti pun mencapai tahap maksima..

..kalau bercerita tentang keyakinan ni,teringin ana nak kongsikan kisah seorang hamba yang soleh dan wara'..beliau bernama Abu Zur'ah..disebabkan oleh keyakinannya kepada Allah secara menyeluruh,beliau dianugerahkan karamah..


menurut kisah daripada Imam az-Zahabi,Abu Zur'ah telah menerima 60 dinar oleh pihak kerajaan..sebelum pulang ke rumah,beliau akan memastikan 60 dinar itu disedekahkan dan tidak akan pulang selagi belum habis..

begitulah sifatnya..setiap kali beliau menerima duit , beliau akan habiskannya di jalan Allah..beliau juga seorang yang rajin beribadah..nak dijadikan pengajaran,setiap kali selepas solat sunat,beliau akan mendapati wang yang banyak dibawah sejadah..subhanallah..begitu hebat keyakinannya kepada Allah sehingga mencapai tahap yakin Allah akan memulangkannya semula..

jadi untuk students PMR, yakinlah kepada Allah..'korang dah berusaha sepenuhnya waktu PMR dulu kan^^..'yang penting setiap apa yang telah diusahakan itu kerana Allah..insyaAllah..yakinlah Allah akan beri result yang terbaik untuk korang..semoga mendapat result yang baik : )

Wednesday, 21 December 2011

Al-Quran

besar nanti abang nak jadi apa?soalan tu buat ana tersentak dari lamunan..abang nak jadi hafiz..kalau jadi hafiz boleh buat ape?hafal Al-Quran je la pastu duit abang nak cari mane?
ana tersenyum dan menjawab soalan budak tu satu per satu..ana tak heran sangat kat budak tu sebab masih mentah lagi..tapi sebagai muslim ana kena jelaskan juga hakikat sebenar..

..hidup yang berasakan ajaran Al-quran dan assunah itulah yang terdapat halwanya..


para tabi' tabi'in seperti ibn khaldun dan ibn sina...mereka memulakan karier dengan menghafal Al-Quran..lihat bagaimana hasilnya..mereka berjaya dan dikenali ramai..tidak kira muslim ataupun kafir , semua mengenali mereka..nama mereka juga tak luput ditelan zaman

..subhanallah..sungguh benar Al-Quran itu merupakan pembimbing dan pembuka jalan bagi orang-orang yang mengamalkannya...


"ustaz , boleh ke kalau seorang doktor tu hafaz Al-Quran?" ana terdengar seorang budak menyoal ustaz yang sangat dikenali tu..hmm sebagai kesimpulan ana ambik daripada ustaz tu sendiri la agaknyer : ) "apa salahnya dengan Dr. ataupun Ir. yg ada hafiz..semua boleh dilakukan dengan usaha dan mujahadah..ye kan..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..pilihlan jalan hidup yang diberkati dan diredai Allah,"

Tuesday, 20 December 2011

ekaterina rybolovleva

ana terbaca satu story tentang anak billionaire ni..Ekaterina Rybolovleva..dengan kekayaan ayah dia,ekaterina ni boleh la beli apartment berjuta-juta dollar..88 juta dollar..anak perempuan mana yang boleh afford?kalau anak jutawan boleh la kan..dia juga cipta sejarah sendiri sebab bayar full and buat transaksi paling tinggi..hmm..
tapi..

terfikir la pulak kalau duit tu disalurkan untuk golongan miskin..mesti ramai yang dapat dan sedikit-sebanyak boleh membasmi kemiskinan..bayangkan 10 sen pun susah untuk dicari apatah lagi sejuta atau berjuta-juta..golongan ni boleh dibantu sebenarnya..dengan syarat kembalilah kepada Islam sepenuhnya..
hmm..

indahnya Islam sebab semua umat diwajibkan untuk bayar zakat..maka dengan duit zakat dapatlah diagih-agihkan kepada golongan miskin..seperti yang berlaku di zaman Khalifah Umar al-khattab..golongan miskin bagaikan tidak wujud..apabila beliau hendak agihkan wang tersebut , semua masyarakat tidak layak untuk menerimanya kerana mampu..subhanallah sampai macam tu sekali..


berkat pemimpin yang adil dan bertanggungjawab menguruskan baitulmal maka semua masyarakat boleh hidup dengan aman dan tenteram

..hmm..Malaysia bila lagi..insyaAllah ana rasa tak lama lagi..doa-doalah..^^oleh itu,bayarlah zakat selagi duit masih ada..duit banyak kalau tak bayar zakat hilang berkatnya..kadang-kadang duit terasa macam tak cukup..haa..tu macam tanda-tanda dia la..

sebagai kesimpulan ana bukan nak kata kat ekaterina ni.biarlah dia nak duduk kat rumah tu.duit ayah dia..moga-moga dia dan keluarga mendapat hidayah Islam : )

Monday, 19 December 2011

cinta itu fitrah

pernah terlihat orang sedang bercinta..tapi tak pernah pulak lihat kesudahannya..hmm..
pernah jugak terdengar 'omong-omong' untuk berkahwin selepas belajar..tapi tak pernah pulak lihat kesudahannya..hmm..

pernah ditanya tentang couple..tapi dalam Islam tiada langsung couple..hmm..
kalau couple islamic macam gerak subuh kononnya..tapi dalam Islam memang tiada langsung couple..hmm..

memang perasaan untuk bercinta tu fitrah manusia..memang ada dan wujud..tak boleh dinafikan..
tapi..
bermujahadahlah hindarkan diri daripada jalan-jalan maksiat..soal jodoh,Allah dah tentukan..
jadilah orang yang baik nescaya akan hadir disisi kita orang yang sangat baik..
yakinlah dengan ketentuan Allah..

alangkah indanhya cinta yang dijamin
berkekalan hingga ke syurga : )

Sunday, 18 December 2011

sedar atau tidak..

hari-hari yang berlalu sangat berharga..lebih-lebih lagi lepas SPM ni
..hmm..baru-baru ni tercuba untuk menaa'ruf satu benda yang sangat mengujakan dan mengagumkan..???.."AKAL"..sangat ghaib dan berkuasa tinggi..tiada teknologi yang mampu menandinginya..subhanallah..

selalu juga terfikir tentang hikmah kejadian akal..akal telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia berbanding hidupan lain di dunia..jadi hairanlah jika manusia tidak menggunakannya pada jalan yang diredai oleh Allah..dan kufurnya manusia jika manusia menyalahgunakannya kerana akal merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah

..dulu pernah juga tertanya-tanya..alhamdulillah,sekarang teringin nak kongsinya bersama..apa yang membezakan keupayaan sebenar akal ialah orang mukmin dan orang kafir


Allah telah mengurniakan akal untuk manusia berfikir dan berterusan berfikir melihat kejadian langit dan bumi serta seluruh alam..bahkan Allah juga mengarahkan manusia untuk melihat dan mengambil pengajaran terhadap kesan sejarah yang menimpa umat dahulu yang tidak beriman kepada Allah..dengan akal manusia mampu mengenal Allah..itulah tujuan utama..dan inilah nikmat akal..berusaha mengenal Allah

..subhanallah indahnya langit yang tidak bertiang..uniknya pokok-pokok menghasilkan buah-buahan yang berbeza rasanya walaupun hadir daripada sumber yang sama..maha suci Allah..tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah : )

Saturday, 12 November 2011

perpisahan itu pasti


indahnya saat belajar di alam persekolahan...
betapa hati ini selalu meronta tiap kali
mengimbau kenangan itu...
apa kan daya... kita insan biasa...
perpisahan adalah suatu kepastian...
namun jangan ada jurang pada kejauhan ini...
kenangan ini masih lagi mampu untuk
kita sama-sama sirami....
dengan seribu kemanisan madu dari sebuah
perasaan kasih dan rindu...
semoga bunga-bunga ukhwah yang terjalin sentiasa 
mekar dan mewangi ruang taman hati kita...